Melayu Sebenar
14th July 2006
Dari Utusan:
Orang Kelantan Melayu sebenar?
Oleh ROZILAN SALLEH
PULAU PINANG 13 Julai - Benarkan Melayu Kelantan merupakan orang Melayu yang paling asal di negara ini berbanding dengan orang Melayu di tempat lain?
Hipotesis mengenainya mungkin berasas berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Univerisiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin.
Menurutnya, hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid Deoksiribonukleik (Mithochondial-DNA) di kalangan beberapa penduduk di pedalaman Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.
Bagaimanapun, katanya, hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai Siapa Melayu Sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi.
Ketika ini, katanya, terdapat 12 etnik Melayu di negara ini termasuk mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja dan Yunan dari China.
“Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah untuk mencari fakta terbaru berdasarkan penyelidikan kita sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan tesis hasil penyelidikannya mengenai kajian genetik dan forensik pergigian oleh seorang lagi pensyarah Sains Forensik pusat pengajian yang sama, Dr. Mohd. Fadhil Khamis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di sini hari ini.
Tesis itu diserahkan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak kepada Ketua Pengarah JHEOA, Datuk Fadzil Mahamud.
Pada masa yang sama, kata Dr. Zafarina, kajian itu juga bukan mahu menidakkan status Melayu di kalangan etnik-etnik Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal wujud.
Dalam pada itu, penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi Melayu Moden dengan Melayu Proto.
Pengesahan itu yang berdasarkan tempoh masa kewujudan dan kandungan Mithochondrial-DNAsekali gus mengenepikan anggapan bahawa generasi paling awal orang Melayu yang ada pada masa kini Melayu Proto.
Pada masa yang sama, hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada populasi ‘Mongoloid’ dari selatan China atau ‘Austranasian’ yang berhijrah ke kawasan lain di Asia antara 6,000 hingga 8,000 tahun dahulu.
“Ia berbeza dengan populasi Melayu Proto yang wujud lebih awal iaitu kira-kira 200,000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika,” ujarnya.
Beliau yakin hasil kajian itu dapat digunakan dengan lebih meluas dan pihaknya berhasrat menghasilkan satu pengkalan data khusus sebagai rujukan bagi membangunkan masyarakat Orang Asli yang berjumlah kira-kira 150,000 orang di Semenanjung ketika ini.
Sementara itu, Dzulkifli berkata, kajian seumpama itu perlu ditingkatkan bagi mencari sebanyak mungkin maklumat agar menjadi hak milik negara.
Saya rasa semua orang tahu yang dikatakan Melayu di negara kita berasal dari pelbagai rumpun dan pelbagai tempat. Bukan sahaja Jawa, Bugis, Minang, Champa dan Yunan mengaku Melayu, malahan orang Arab, India dan Bagladesh yang menetap di Malaysia juga mengaku Melayu. Persoalannya, pernah wujudkah Melayu sebenar? Apakah yang dimaksudkan Melayu sebenar? Kalau orang Kelantan Melayu sebenar, bagaimanapula dengan orang Melayu Terengganu(seperti saya)?
-SAYA SEORANG MELAYU!



July 16th, 2007 at 8:50 pm
Perkataan Melayu berasal dari “Melayur” iaitu istilah suku Malayalam atau Malabar dari India Selatan yang bermakna bukit atau permatang.
Orang-orang Melayur adalah masyarakat asli Nusantara Sumatera (yang berasal dari Pulau Borneo berhizrah ke Sumatera yang menggunakan bahasa asal atau asli Melayu) berkahwin dengan orang-orang Indian Malabar atau Malayalam. Hasil pertembungan dua bangsa dan budaya menghasilkan bangsa Melayur sempena tempat yang dinamakan Melayur dan juga menghasilkan Indianized Kingdom (kerajaan dipengauhi India) yang memerintah ribuan tahun di kepulauan Nusantara.
Dunia Melayu mulai dikenali dengan kewujudan pemerintahan raja-raja kacukan India dan penduduk asli kepulauan nusantara termasuk Sumatera, Jawa, Borneo, Filipina, dan Champa di Vietnam. Kedatangan pengaruh Arab Islam telah menjadikan kerajaan Melayur kerajaan Islam setelah raja-raja orang Melayur memeluk agama Islam.
Bangsa dan pemerintahan raja-raja Melayur akhirnya dikenali sebagai Melayu dan berkembang pesat melalui perkahwinan antara kerabat di raja, perdagangan, peperangan atau penaklukan, dan juga diplomasi atau politik.
Bahasa Melayu yang kita kini kenali berkembang menjadi bahasa perdagangan, diplomasi dan keagamaan di seluruh kepulauan nusantara di mana kerajaan Melayu telah diwujudkan.
Bahasa Melayu asal mempunyai persamaan dengan bahasa asli Borneo khusunya Dusun dan Iban. Bahasa Melayu modern adalah 70% bahasa India (Sanskrit) yang digunakan oleh suku kacukan Melayu yang dipengarugi kemudian oleh bahasa Arab, Cina dan Portugis disebabkan pertembungan budaya antara benua melalui perdagangan di bumi Melayu.
Hari ini istilah Melayu bukan istilah bangsa (race) tetapi etnik (dari segi agama) kerana tidak ada bangsa yang dikenali sebagai Melayu menurut Perlembagaan Malaysia. Seorang Melayu adalah sesiapa yang biasanya mengunakan bahasa Melayu, beraga Islam dan mengamalkan budaya Melayu. Bahasa dan Budaya Melayu adalah termasuk bahasa Sanskrit dan budaya masyarakat India Selatan.
Dalam bahasa Melayu modern, perkataan asala Melayu hanya 30% yang hampir kesemuanya dapat dikesan berasal dari Pulau Borneo.
Hampir kesemua raja-raja Melayu di zaman dahulu adalah kacukan India dan tempatan (Sumatera dan Borneo)yang menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa asal diperkayakan dengan bahasa asing. Pada hakikatnya bahasa Melayu sekarang adalah bahasa yang diperkayakan oleh bahasa asing khususnya bahasa Sanskrit sesuai dengan kedudukan sejarah dimana selama 2,000 tahun kepulauan nusantara dipengaruhi oleh India dan Arab.
Istilah masuka Melayu bermakna menjadi sebahagian masyarakat berbudaya tinggi berasaskan budaya India dan Arab. Manusia Pagan atau Kafir dikecualikan dari defininasi ini.
Penulis-penulis sejarah Melayu sebenarnya adalah Melayu kacukan tempatan dan Inda seperti Munsyi Abdullah. Raja-raja atau Sultan-Sultan Melayu zaman dahulu menganggap diri mereka keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
Tuntutan ini mempunyai kebenarannya kerana raja-raja Melayur adalah kacukan wanta tempatan dan pembesar-pembesar atau pedagang-pedagang kaya dari India yang seterusnya mungkin keturunan penjajah Greek di India di zaman sebelum masihi.
Hari ini, penulis-penulis Barat telah menjadikan istilah Melayu untuk mengtakrifkan penduduk asli di kepulauan Nusantara sebagai orang-orang Melayu. Ianya tidak lagi bermakna kacukan India dan orang-orang tempatan atau tertumpu kepada pembesar-pembesar negeri. Istilah ini juga dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat serumpun d kepulauan Asia Tenggara/nusantara.
Walau bagaimana pun, isitlah Melayu hanya digunakan setakat istilah akademik. Ianya digunakan secara meluas oleh penyelidik Barat untuk mengenali masyarakat penutur bahasa Austronesian Malayo Polynesian dari Pulau Madagascar Lautan India Afrika ke Pulau Easter lautan Pasifik Amerika Selatan.
Penulis-penulis tempatan juga menulis mengenai kehebatan pelayar-pelayar orang Melayu menjelajah dunia untuk menguasai maritim lautan Hindi dan lautan Pasifik di zaman kuno sebelum Cheng Ho atau Magellan menerokai pelayaran lautan merentasi benua.
Kita juga membaca bahawa terdapat 300 juta orang-orang Melayu di seluruh dunia dan pengaruh orang-orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai salah satu bangsa peneroka terbesar lautan luas.
Istilah rumpun melayu sering dikumandangkan seolah-olah ianya suatu kenyataan.
Namun hakikatnya, Perlembagaan Malaysia telah memberi pengertian sempit mengenai istilah Melayu. Berdasarkan tafsiran Perlembagaan Malaysia hanya terdapat 25 manusia di seluruh bumi yang dinamakan Melayu. Orang-orang Jawa di luar Malaysia bukan orang Melayu, orang-orang asli Borneo yang pada hakikatnya rumpun Melayu juga bukan Melayu kerana mereka masih bertutur dalam bahasa atau dialek suku masing-masing.
Menurut Perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu bukan istilah bangsa tetapi istilah agama dan budaya atau cara hidup. Orang India dan Arab Islam boleh menjadi Melayu. Dalam duia hanya terdapat dua kumpulan besar yang mendefinasikan diri mereka melalui agama dan bukan bangsa. Salah satu ialah Melayu (berdasarkan Perlembagaan Mlaaysia dan yang kedua bangsa Yahudi yang mengelar diri mereka sebagai bangsa Yahudi bukan atas ras (racial classification) tetapi agama Yahudi mereka.
Di negara-negara Arab, suku atau bangsa Arab itu adalah itilah bangsa, bukan agama. Orang-orang Arab yang beragama Kristian akan tetap menjadi orang Arab. Malah sikap orang-orang Arab terhadap orang-orang Arab bukan Islam lebih mulia. Di Palestin, Syria, Iraq, Lebanon,dll terdapat masyarakat Arab Kristian yang menpunyai semangat nasionalisma Arab yang tinggi.
Tafsiran Perlembagaan Malaysia yang sempit menjadikan bangsa Melayu sutu bangsa yang kecil dan tertumpu kepada negara Malaysia. Bagi saya tafsiran Perlembagaan Malaysia meyakinkan saya bahawa Melayu tidak wujud sebelum wujudnya kerajaan pemerintahan India (Indianized Kingdom) di Nusantara. Sejarah Melayu bermula dengan Parameswara dari Palembang yang berhijrah ke Melaka.
SAebelum ini, tidak ada orang Melayu. Yang ada adalah suku-suku asli yang bertutur dalam dialek asli Borneo atau Sumatera atau Jawa, dan lain-lain. Di Borneo suku-suku asli in kini dikenali sebagai suku Dusun/Dayak. Masyarakat Melayu yang kita kenali di Pulau Boneo adalah masyarakat Dusun/Dayak yang memeluk agama Islam atau “masuk Melayu.”
Negara Brunei berasal dari Atak Batatar yang dieprcayai suku Murut atau Dusun Bisaya yang memeluk agama Islam dan memulakan kesultanan Brunei sehingga sekarang. Rakyat Brunei adalah suku-suku tempatan yang telah memeluk agama Islam dan mengubah cara hidup sebagai orang-orang Melayu Islam.
Demikian juga, Malaysia tidak boleh mengatakan bahawa masyarakat Malagasy di Madagascar adaalah orang-orang Melayu. Ii kerana meereka tidak memenuhi syarat-syarat perlembagaan Malaysia. Masyarakat Malagasy sebenarnya berasal dari Pulau Borneo dan bahasa mereka mirip kepada bahsa manyan yang seterusnya mirip kepada bahasa Dusun di Sabah.
Walaua bagaimana pun, tafsiran bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu sebenarnya ada kebenaran. Ini disebabkan ianya bukan isitilah untuk semua penduduk asli di kepulauan nusantara yang dikenali sebagai malayo polynesian. Ianya dalah istiah untuk masyarakat kacukan yang berasal dari Melayur India.
Penduduk asli yang dinamakan malayo polynesian memunyai ciri-ciri mongoloid bukan India walau pun kebanyakannya berkulit gelap sawong. Namun orang-orang Melayu di Malaysia hampir kesemuanya keturunan kacukan India atau Arab yang masih dapat diteliti dalam paras atau kulit penduduk Malaysia sekarang yang mirip India atau Arab - gelap, tinggi lampai, tinggi batang hidung dan bibir nipis dan bentuk kepala yang jelas bukan asli Nusantara.
Kumpulan ini adalah kumpulan cerdik, pintar dan merupakan kelas pemerintah selain menguasai bidang perdagangan negara.
Orang-orang Kelantan dan Kedah adalah di antara suku-suku tempatan yang paling asli, atau suku-suku pendatang seperti suku Bugis, Jawa, Acheh, dan lain-lain yang hampir kesemuanya masih mempunyai ciri-ciri Mongoliod yang jelas.
Kalau nak tahu, siapa melayu sebenar, inilah jawapannya.
Anak Borneo
*Tahukan anda bahasa Dusun/Iban adalah asal usul 30% dari bahasa Melayu modern. Bahasa melayu berasal dari Borneo, bukan Semenanjung Malaysia. Orang-orang Dusun/Dayak berhijrah ke Sumatera dan menjadikan Bumi tersebut tanah mereka. Berkahwin dengan orang India telah melahirkan suku bangsa Melayur atau Melayu. Kerajaan Melayur (Indianized Kingdom) telah memulakan sejarah Melayu.
July 17th, 2007 at 4:51 am
Wow, great info… never heard of it before, thank you.
January 8th, 2008 at 9:50 pm
Hi there,
Mr Rinus, is this a fact or just your fantasy?
Boleh bagitahu dari sumber-sumber mana awak dapat info ini?
I tunggu jawapan you cos i pun tengah buat kajian tentang melayu dalam tesis i ni.
February 25th, 2008 at 3:23 am
dr zafarina USM
February 25th, 2008 at 3:26 am
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
• Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
• Susunan ayat bersifat Melayu
• Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
• bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
• Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
• Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
• Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
• Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
dipetik dari http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
Saya mendapati istilah Melayu kuno amat menarik. Sepeti d atas, bunyi b ialah w dalam melayu kuno.
Contoh bahasa Dusun (Ranau) Sabah.
Bulan – Wulan
Betis – Wotis
Batang – Watang
Batu – Watu
Buloh – Wuloh
Bulu – Wulu
Berat – Wagat
Banyak bahasa Dusun Ranau mirip bahasa melayu kuno
Contoh
Mata – mato
Telinga – tolingo
Hidung – todung
Lidah – dilah
Paha – po’o
Siku – siku
Betis – wotis
Darah – ra’a
Lengan – longon
Pusat – pusod
Isi – tonsi
Tulang – tulang
Lemak – lunok
Makan –makan
Minum – minum
Bunga – bunga
Buah –tua
Dahan – ra’an
Batang – watang
Daun – roun
Kayu – kayu
Tanah – tana
Batu – watu
Awan – tawan
Sawat – sawat
Bulan wuan
Itik – putik
Pelanduk – pelanuk
Buaya – buayo
Tikus – tikus
Beruang – bohuang
Sesungguhnya, bahasa Dusun Ranau (Borneo) adalah merupakan asal usul bahasa Melayu kuno.
http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
January 18th, 2009 at 11:15 pm
contoh persamaan bahasa melayu kuno/ dusunranau dan bahasa melayu kelantan.
Bmk/dusun Bmkltn
1 buaya buayo
2 pusat pusod
3 makan makan
4 mata mato
5 telinga tolingo
6 paha poho
7 Kayu kayu
8 siku siku
jd, bhs melayu kelantan termasuk dalan bhs mlyu kuno dan termasuk gak dalam bahasa dusun ranau…Dusun+ melayu= keturunan ras mongoloid.
January 24th, 2009 at 9:55 am
hi!
saya berasal dari Brunei.saya ada keturunan Dusun Brunei dan Tutong.saya pernah terbaca urg Brunei asli bukan berasal dari Borneo.penduduk asli borneo adalah puak Dayak/Iban.saya juga pernah terbaca puak Dusun berasal dari Indo-China.
January 24th, 2009 at 10:00 am
Dusun Brunei KadazanDusun Melayu
manuk manuk ayam
rasam rasam hujan
ragang ragang merah
umos umos(klu syg tdk silap) peluh
neratu neratu (klu saya tdk silap) jatuh
adau tadau hari
adakah siapa-siapa boleh memberitahu asal usul puak Dusun Brunei? adakah dari Sabah?
January 30th, 2009 at 2:42 pm
[…] Resource: Rinus […]
March 12th, 2009 at 3:12 am
hi saya berasal dari sibu
March 13th, 2009 at 1:33 am
saya orang kuching